126 peserta dari 44 negara sertai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang

A Rahim (tengah) bergambar bersama sebelum melepaskan konvoi motosikal kuasa Tinggi yang menjelajah dan mempromosikan FLLSPG ke-27 di pekarangan Menara Aqabah, Pasir Gudang pada Sabtu.
A Rahim (tengah) bergambar bersama sebelum melepaskan konvoi motosikal kuasa Tinggi yang menjelajah dan mempromosikan FLLSPG ke-27 di pekarangan Menara Aqabah, Pasir Gudang pada Sabtu.
A
A
A

PASIR GUDANG - Seramai 126 peserta daripada 44 buah negara akan mengambil bahagian dalam Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali ke-27 yang akan berlangsung di Bukit Layang-Layang di sini dari 12 hingga 16 Februari ini.

Presiden Majlis Pelayang Malaysia (MPM), Datuk A Rahim Nin berkata, seramai 250 peserta tempatan di bawah gabungan MPM akan mengambil bahagian dalam festival yang dijangka menarik seramai 500,000 pengunjung.

"Terdapat tiga negara baharu yang akan turut serta pada tahun ini iaitu dari La Reunion, Tasmania dan Tahiti. Antara negara lain yang terlibat adalah dari Brazil, Portugal, Kanada, Perancis, Australia, Korea, Indonesia, Kemboja dan Argentina.

"Festival anjuran Persatuan Pelayang Johor (PPJ) bersama-sama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan MPM pada tahun ini bekerjasama dengan kerajaan negeri Perlis dan pihak penganjur di Thailand.

"Kolaborasi ini melalui penganjuran Fiesta Layang-Layang Antarabangsa Perlis 2025 pada 18 Februari ini dan pihak penganjur Festival Layang-Layang Antarabangsa Satun, Thailand pada 20 hingga 23 Februari ini," katanya dalam sidang akhbar di Menara Aqabah di sini, pada Sabtu.

A Rahim (tengah) sebelum melepaskan konvoi motosikal kuasa Tinggi yang menjelajah dan mempromosikan FLLSPG ke-27 di pekarangan Menara Aqabah, Pasir Gudang pada Sabtu.
A Rahim (tengah) sebelum melepaskan konvoi motosikal kuasa Tinggi yang menjelajah dan mempromosikan FLLSPG ke-27 di pekarangan Menara Aqabah, Pasir Gudang pada Sabtu.

A Rahim memberitahu galeri pameran khas turut disediakan bagi memaparkan keunikan layang-layang antarabangsa dari negara seperti Indonesia, Sweden, Kemboja, Thailand, Brunei dan Malaysia.

"Perasmian festival akan disempurnakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di pada.15 Februari ini. Majlis perasmian akan menampilkan perarakan semua peserta.

"Sepanjang festival berlangsung, pelbagai persembahan layang-layang moden dan tradisional dapat disaksikan selain pertandingan wau dan layang-layang yang turut diadakan.

Artikel Berkaitan:

"Begitu juga diadakan bengkel pertandingan membuat wau peringkat kebangsaan, persembahan layang-layang dan dron bercahaya LED waktu malam," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, mulai tahun depan FLLSPG akan diadakan dua kali setahun melibatkan peringkat sedunia dan peringkat kebangsaan.

"Ini kerana festival layang-layang di sini semakin mendapat sambutan daripada pengunjung tempat dan luar negara.

"Bagi peringkat kebangsaan akan diadakan pada September atau Oktober ini manakala peringkat sedunia diadakan pada Februari tahun depan bagi memastikan lebih teratur selain menjamin keselamatan pengunjung," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!