JKDM tekan pematuhan SOP, nafi mesin pengimbas rosak

JKDM menafikan dakwaan berlaku kerosakan mesin pengimbasnya serta kekurangan keanggotaan di Terminal 1 KLIA, Sepang bagi pemeriksaan bagasi. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Anis Rizana)
JKDM menafikan dakwaan berlaku kerosakan mesin pengimbasnya serta kekurangan keanggotaan di Terminal 1 KLIA, Sepang bagi pemeriksaan bagasi. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Anis Rizana)
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan dakwaan berlaku kerosakan mesin pengimbasnya serta kekurangan keanggotaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang bagi pemeriksaan bagasi.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, pihaknya kesal dengan isu yang dibangkitkan itu.

Menurutnya, JKDM sentiasa menekankan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan kawalan sempadan berjalan lancar serta keselamatan negara terjamin.

JKDM mempertingkat pematuhan SOP dengan penugasan anggota yang mencukupi dalam setiap pemeriksaan bagasi melalui mesin pengimbasnya di KLIA.
JKDM mempertingkat pematuhan SOP dengan penugasan anggota yang mencukupi dalam setiap pemeriksaan bagasi melalui mesin pengimbasnya di KLIA.

"Dalam usaha meningkatkan kecekapan pengawasan, semua mesin pengimbas berada dalam keadaan baik dan beroperasi serta membolehkan proses pemeriksaan bagasi dilakukan dengan pantas.

"Sebagai langkah segera, penambahbaikan operasi dan prosedur telah dilaksanakan di pintu masuk bagi mengatasi sebarang kelemahan yang dikenal pasti," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, pada masa sama, siasatan sedang dijalankan oleh Cawangan Integriti JKDM bagi meneliti isu ini secara menyeluruh.

Jelasnya, sebarang penemuan hasil siasatan akan diambil tindakan susulan yang tegas bagi memastikan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan JKDM terus dipertingkatkan.

"JKDM komited untuk memastikan setiap pintu masuk negara beroperasi dengan optimum bagi melindungi kepentingan keselamatan dan ekonomi negara," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, tular pada Khamis di aplikasi sosial Telegram berhubung dakwaan ketidakpuasan hati individu berkenaan isu terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!