Askar Israel padam akaun media sosial, takut ditangkap

TEL AVIV - Askar Israel wajar dilabel pengecut selepas mereka yang merancang melakukan perjalanan ke luar Tel Aviv bertindak memadamkan akaun media sosial masing-masing.
Tindakan itu dibuat kerana mereka bimbang berdepan pendakwaan berkaitan kes jenayah perang dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan di Genting Gaza serta Lubnan.
Akaun media sosial termasuk Facebook dan Instagram dipadamkan serta-merta sebelum tentera Israel itu terbang ke Brazil untuk menyertai Karninal Rio de Janeiro pada bulan depan.
Kebanyakan mereka takut selepas kumpulan pro-Palestin yang diketuai Yayasan Hind Rajab berpusat di Brussels menggunakan akaun media sosial askar Israel untuk mengumpulkan bukti kekejaman mereka ke atas penduduk Gaza.
"Kami bimbang jika pihak berkuasa Brazil memberkas kami dan mengganggu percutian kami. Kami sudah lihat nasib anggota yang tiba di Brasilia dan terpaksa melarikan diri untuk mengelak daripada ditangkap.
"Kami tidak akan meninggalkan sebarang 'bukti' kepada badan tersebut," lapor Channel 12 memetik kenyataan seorang askar Zionis pada awal minggu lalu.
Pada awal bulan lalu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut memfailkan tuntutan undang-undang ke atas tentera Israel yang melancong ke Sweden, Brazil dan Itali berhubung penglibatan mereka dalam perang genosid di Genting Gaza. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
‘Jurassic Park’ Thailand bongkar sejarah dinosaur
03 September 2026 02:00pm512 pelajar alami keracunan selepas nikmati makanan percuma
03 September 2026 11:20amAS bersedia lancar lebih banyak serangan terhadap Iran
03 September 2026 09:42am18 terbunuh, 108 cedera dalam serangan terbaharu AS ke atas Iran - Menteri Kesihatan
03 September 2026 08:54amAdik maut, abang kritikal kemalangan ketika bercuti di Indonesia, keluarga rayu bantuan RM50,000
03 September 2026 05:10pmDaud Bakar tuntut RM10.75 juta daripada Norliza, Mahadi
03 September 2026 04:15pmBayi baru lahir ditikam sembilan kali, ditanam berhampiran rumah
03 September 2026 07:15amRCI TH: Tan Sri Madinah tidak bercakap benar - Pengerusi TH
03 September 2026 12:45pm'Ingatkan salji landa Shah Alam'
03 September 2026 08:04pm

