Sempat kirim wang kepada keluarga

Sinar Harian semalam melaporkan dua nelayan warga Indonesia maut manakala dua lagi cedera selepas terhidu gas disyaki ammonia yang bocor di dalam sebuah bot pukat tunda di Jeti Nelayan Jalan 4 Bagan Sekinchan.
Sinar Harian semalam melaporkan dua nelayan warga Indonesia maut manakala dua lagi cedera selepas terhidu gas disyaki ammonia yang bocor di dalam sebuah bot pukat tunda di Jeti Nelayan Jalan 4 Bagan Sekinchan.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang daripada dua mangsa yang maut akibat terhidu gas disyaki ammonia sempat mengirimkan wang untuk perbelanjaan keluarganya di Sumatera Utara.

Dalam kejadian jam 2.50 petang itu, Erianda Panjaitan, 20, dan rakannya, Syafrizal Storus, 30, meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi mangsa yang cedera iaitu bapa Erianda, Anwar Sitorus, 60, dan seorang lagi rakan mereka iaitu Al hamid Siregar, 24, dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

Rakan kepada Erianda, Julkarnain Sitorus, 35, berkata, wang yang dimasukkan ke akaun kakaknya itu adalah gaji pertama adiknya selepas dua bulan bekerja sebagai nelayan di Bagan Sungai Besar.

"Arwah Erianda seorang anak yang baik, bertanggungjawab dan mengambil berat tentang keluarga," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurut Julkarnain, kali terakhir dia bertemu Erianda sewaktu Allahyarham dan keluarganya bertandang ke Kuala Lumpur tujuh bulan lalu.

"Kami bertemu arwah dan keluarganya di sebuah kedai makan dan kelihatan Erianda seronok dan ceria sepanjang berada di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua nelayan warga Indonesia maut terhidu gas ammonia

"Saya masih tidak menyangka kejadian ini menimpa arwah kerana kami sudah lama tidak berhubung sehinggalah saya dihubungi abang arwah kira-kira jam 5 petang semalam memaklumkan Erianda sudah meninggal dunia," katanya.

Katanya, jenazah Erianda dijangka dibawa pulang ke Tanjong Balai Asahan, Kampung Pasar Baru, Sumatera Utara selepas bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam selesai.

Artikel Berkaitan:

"Keluarga di Indonesia menanti kepulangan jenazah arwah dan mereka amat sedih dengan kejadian ini," katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan dua nelayan warga Indonesia maut manakala dua lagi cedera selepas terhidu gas disyaki ammonia yang bocor di dalam sebuah bot pukat tunda di Jeti Nelayan Jalan 4 Bagan Sekinchan di sini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kejadian jam 2.50 petang berlaku mengakibatkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kedua-dua pekerja yang maut itu dipercayai terhidu terus dengan gas yang bocor dari peti ais tempat simpanan baja ikan dalam bot nelayan terbabit.

"Manakala dua lagi rakan mereka pengsan dikejarkan ke HTAJ Sabak Bernam untuk rawatan lanjut," katanya.