Pengurus projek rambang mata tawaran lumayan rugi RM130,000

Mohd Sohaimi
Mohd Sohaimi
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang pengurus projek berputih mata apabila wang pelaburannya berjumlah RM130,000 lesap akibat terpedaya dengan satu skim pelaburan dalam talian tidak wujud.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun tertarik dengan skim pelaburan yang diperkenalkan seorang individu tidak dikenali September 2024 lalu.

Katanya, individu terbabit yang mengaku kakitangan dari sebuah bank terkemuka menawarkan pelaburan saham BSKL (Bursa Saham Kuala Lumpur) dengan keuntungan 20 peratus daripada modal yang dilaburkan.

"Mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp dan diberikan penerangan lebih lanjut mengenai pelaburan berkenaan.

"Tertarik dengan pulangan tinggi dan kaedah mudah, mangsa melakukan 30 transaksi pembayaran secara dalam talian ke dalam satu akaun bank yang diberikan suspek yang secara keseluruhannya berjumlah RM138,300 pada 13 November hingga 14 Disember lalu sebagai modal menyertai pelaburan dan juga pembayaran cukai keuntungan bagi mengeluarkan wang pelaburan kelak.

"Pada awal Januari, suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa nilai saham mengalami kemerosotan dan mangsa dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp pelaburan itu selain panggilan mangsa turut disekat," katanya.

Mangsa kemudiannya merasa telah ditipu lalu membuat laporan polis pada Rabu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.

Artikel Berkaitan:

Siasatan juga akan meliputi pembabitan keldai akaun di bawah Seksyen 424 kanun keseksaan kerana kesalahan berkaitan instrumen pembayaran atau akaun di institusi kewangan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!