'Semua baik-baik aja'

Tangkap layar hantaran media sosial oleh jemaah umrah yang mendakwa berdepan isu hotel dan makanan, namun semakan terbaharu mendapati hantaran itu kemungkinan telah dipadam setelah isu itu diselesaikan.
Tangkap layar hantaran media sosial oleh jemaah umrah yang mendakwa berdepan isu hotel dan makanan, namun semakan terbaharu mendapati hantaran itu kemungkinan telah dipadam setelah isu itu diselesaikan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jemaah umrah daripada sebuah syarikat pengendali umrah yang berada di Mekah mendakwa berdepan isu penginapan dan tiket penerbangan pulang mengesahkan masalah tersebut telah berjaya diselesaikan.

Salah seorang jemaah umrah terlibat dalam kumpulan itu mendakwa, kesemua 42 jemaah dalam kumpulan sama telahpun diberikan maklumat lanjut mengenai urusan tiket penerbangan pulang.

"Ejen dah bagi 'detail flight'... Dah selesai, semua baik-baik aja," dakwanya.

Difahamkan, setakat ini, kesemua jemaah telah pun mendapat pengesahan berhubung jadual penerbangan pulang ke Malaysia, namun maklumat lanjut mengenainya tidak dapat diperoleh.

Sebelum ini, satu hantaran di media sosial telah dimuat naik seorang jemaah, mendakwa gagal menghubungi wakil syarikat perkhidmatan itu bagi tujuan mendapatkan pengesahan tiket penerbangan pulang.

Kesemua 42 jemaah dalam kumpulan itu dipercayai telah berlepas dari Malaysia pada 11 Januari lalu.

Melalui hantaran berkenaan, jemaah turut mendakwa berlaku pertukaran hotel penginapan di Makkah selain tidak disediakan makanan seperti mana dijanjikan melalui pakej yang disediakan.

Bagaimanapun, semakan terbaharu ke atas hantaran berkenaan pada Ahad, dipercayai telah pun dipadam setelah isu itu telah diselesaikan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!