Buruh rogol, cabul anak tiri dipenjara 36 tahun dan 22 sebatan

Seorang buruh binaan dipenjara 36 tahun dan dikenakan 22 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol dan mencabul dua anak tirinya dalam kejadian di dua lokasi berasingan di daerah ini - Gambar hiasan
Seorang buruh binaan dipenjara 36 tahun dan dikenakan 22 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol dan mencabul dua anak tirinya dalam kejadian di dua lokasi berasingan di daerah ini - Gambar hiasan
A
A
A

KENINGAU - Seorang buruh binaan dipenjara 36 tahun dan dikenakan 22 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol dan mencabul dua anak tirinya dalam kejadian di dua lokasi berasingan di daerah ini.

Hakim Ahmad Fairuz Mohd Puzi menjatuhkan hukuman itu kepada lelaki berusia 40 tahun dalam prosiding yang dijalankan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Keningau Superintenden Yampil Anak Garai berkata, suspek ditangkap selepas laporan polis dibuat oleh kedua-dua mangsa yang juga merupakan anak tirinya sebelum ini.

"Laporan polis yang diterima melibatkan mangsa pertama yang kini berusia 17 tahun yang mendakwa dirogol sejak berusia enam tahun di sebuah kampung di sini.

"Laporan kedua dibuat oleh mangsa kedua iaitu kakak kepada mangsa pertama yang mendakwa dicabul tertuduh sejak berusia sembilan tahun di sebuah taman perumahan di sini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya lagi, kedua-dua mangsa merupakan anak tiri tertuduh di mana tertuduh telah berkahwin dengan ibu mereka sejak tahun 2010.

"Tertuduh kemudian didakwa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman atas dua kesalahanan di mana hukuman tersebut dijalankan secara berasingan," katanya.

Sebelum itu, prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ling Guong Zhin dan tertuduh diwakili peguam, Timothy Daut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!