Cubaan sembunyi bawah timbunan papan, sorok dalam tandas gagal

Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di dua buah kilang pada Isnin.
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di dua buah kilang pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Sembunyi di bawah timbunan papan serta menyorok dalam tandas, itu antara tindakan beberapa pekerja warga asing ketika serbuan di kilang kayu serta kilang plastik di Semenyih dan Balakong, Isnin lalu.

Cubaan warga asing ini bagaimanapun gagal apabila tindakan mereka itu berjaya dikesan anggota Cawangan Tindakan Khas, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dalam operasi bermula jam 11.30 pagi itu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi dijalankan berdasarkan risikan dan aduan awam yang diterima.

Terdapat cubaan bersembunyi untuk mengelak dikesan anggota Jabatan Imigresen Malaysia namun gagal.
Terdapat cubaan bersembunyi untuk mengelak dikesan anggota Jabatan Imigresen Malaysia namun gagal.

"Pemeriksaan kemudian dijalankan melibatkan 56 warga asing terdiri daripada tiga lelaki dan empat perempuan warga Indonesia, 27 lelaki dan 11 perempuan warga Myanmar.

"Selain itu, turut diperiksa libatkan seramai lima lelaki dan seorang perempuan warga Bangladesh, empat perempuan warga Thailand dan seorang lelaki warga China yang merupakan majikan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, kesemua warga asing yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Kesemua mereka yang ditahan ini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut.

"Imigresen turut mengeluarkan lima saman kepada saksi terhadap kepada warga tempatan untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Salah seorang individu dipercayai majikan turut disiasat dalam serbuan di dua buah kilang pada Isnin.
Salah seorang individu dipercayai majikan turut disiasat dalam serbuan di dua buah kilang pada Isnin.

Dalam pada itu, Zakaria berkata, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang yang ditetapkan.

"Mana-mana warga asing yang tinggal secara haram, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas di negara ini akan digempur serta dibawa ke muka pengadilan.

"Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi PATI," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!