Jawi sedia khidmat pengurusan jenazah percuma buat warga Wilayah Persekutuan

Jawi menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma bagi golongan asnaf, tidak berkemampuan, jenazah tidak dituntut atau tidak berwaris serta saudara baharu. Foto FB Mohd Na'im
Jawi menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma bagi golongan asnaf, tidak berkemampuan, jenazah tidak dituntut atau tidak berwaris serta saudara baharu. Foto FB Mohd Na'im
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma bagi golongan asnaf, tidak berkemampuan, jenazah tidak dituntut atau tidak berwaris serta saudara baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam hantaran Facebook pada Isnin berkata, keutamaan akan diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

"Antara sumbangan Jawi ialah menguruskan tuntutan fardhu kifayah tanpa mengira latar belakang dan umur bagi jenazah yang berwaris atau tidak berwaris, tidak dituntut, mualaf dan lain-lain.

"Khidmat Jawi kepada warga Wilayah Persekutuan ini patut diketengahkan sebagai satu agensi kerajaan yang sentiasa berkhidmat untuk ummah dan masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan," katanya.

Mohd Na'im berkata, Jawi ialah sebuah jabatan yang sentiasa menjadi peneraju dalam pengurusan hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan termasuk dalam pengurusan jenazah, sejak awal penubuhannya.

Orang ramai boleh menghubungi pihak Jawi untuk mendapatkan bantuan dan keterangan lanjut mengenai perkhidmatan pengurusan jenazah melalui talian 03-2274 9333, e-mel ke aduan@jawi.gov.my atau saluran media sosial Jawi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!