Jawi diarah siasat isu jenazah ditahan hampir 24 jam di surau

Mohd Na'im
Mohd Na'im
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) telah diarahkan untuk membuat siasatan serta mengambil tindakan dengan segera berhubung dakwaan jenazah ditahan hampir 24 jam di surau Balai Islam Pekeliling, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan menegaskan, pihaknya mengambil serius berhubung aduan berkenaan.

"Jawi telah diarah untuk membuat siasatan serta mengambil tindakan dengan segera," katanya pada Selasa.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai jenazah wanita ditahan di surau berkenaan hampir 24 jam yang mana kartel mengenakan bayaran RM2,200 kepada waris.

Bagaimanapun ahli Jawatankuasa surau berkenaan menafikan terlibat dalam memanipulasikan atau mengenakan caj tinggi bagi pengurusan jenazah dan tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana pihak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!