Polis cari Obinna bantu siasatan kes dadah

Darlington Obinna dicari membantu siasatan kes dadah.
Darlington Obinna dicari membantu siasatan kes dadah.
A
A
A

NILAI - Polis giat mengesan seorang lelaki warga Nigeria bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah yang ditemui dalam sebuah kereta pada Februari tahun lalu di Mantin.

Ketua Polis daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, lelaki tersebut dikenali sebagai Darlington Obinna, 29.

"Lelaki tersebut dipercayai masih berada dalam negara dan berdasarkan siasatan tiada rekod keluar dicatatkan sejak dia masuk ke negara ini pada tahun 2017.

"Hasil siasatan juga mendapati lelaki ini merupakan pelajar di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Nor Marzukee berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Nilai, Inspektor Toh Yi Jie di talian 017-2803392.

"Lelaki ini dicari bagi melengkapkan siasatan kes di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Terdahulu, ganja seberat satu kilogram ditemui dalam sebuah kenderaan di tepi jalan dekat Mantin pada 25 Februari 2019.

Berikutan itu, dua lelaki ditahan di lokasi, bagaimanapun seorang lagi lelaki dicari bagi melengkapkan siasatan kes.

Artikel Berkaitan: