SMK Meranti antara sekolah terjejas teruk di Kelantan

Perabot dan kelengkapan sekolah yang rosak terkena banjir
Perabot dan kelengkapan sekolah yang rosak terkena banjir
A
A
A

PASIR MAS - [DIKEMAS KINI] Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meranti yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lembangan Sungai Golok di sini menjadi antara sekolah terjejas teruk ketika banjir gelombang pertama Monsun Timur Laut (MTL) di negeri ini.

Tinjauan di sekolah yang mempunyai 746 pelajar dan 71 guru itu mendapati kelengkapan belajar iaitu kerusi, meja, buku dan rak-rak kayu musnah terkena bah.

Selain itu, 21 kelas, bilik untuk pembelajaran seperti studio reka bentuk, bengkel buatan, asas penyediaan makanan, pertanian, jahitan, pendidikan seni visual elektrik dan elektronik serta makmal sains turut terjejas banjir sedalam 0.9 meter yang berlaku baru-baru ini.

Mohammad Razuki (kiri) menunjukkan buku-buku dari kedai koperasi sekolah yang terkena banjir.
Mohammad Razuki (kiri) menunjukkan buku-buku dari kedai koperasi sekolah yang terkena banjir.

Pengetua SMK Meranti, Mohammad Razuki Derahman berkata, banjir berkenaan lebih teruk berbanding sebelum ini dengan paras air naik setinggi 0.3 meter.

Menurutnya, beliau bersama guru-guru di sekolah berkenaan sudah melakukan persiapan lebih awal dengan mengangkat peralatan serta buku-buku ke tempat tinggi bagaimanapun banjir terbabit naik lebih tinggi daripada jangkaan.

Artikel Berkaitan:

Para guru SMK Meranti yang sukarelawa membantu membersihkan kerusi untuk digunakan oleh calon.SPM.
Para guru SMK Meranti yang sukarelawa membantu membersihkan kerusi untuk digunakan oleh calon.SPM.

“Kami dah usahakan sedaya upaya dan cuba untuk menyelamatkan barangan pada hari kemuncak banjir, namun air deras menyebabkan rak-rak kayu itu terbalik akibat bahagian kaki rak mengembang.

“Sekolah juga dekat dengan Sungai Golok dan limpahan air turut meruntuhkan pagar di bahagian belakang sepanjang 200 meter,” katanya ketika ditemui pada Program Misi Pasca Banjir Skuad Ihsan Madani Kementerian Pendidikan Tinggi -Universiti Teknologi Mara di SMK Meranti di sini pada Isnin.

Meja-meja mesin jahit digunakan pelajar turut rosak.
Meja-meja mesin jahit digunakan pelajar turut rosak.

Mohammad Razuki berkata, lebih menyedihkan arus deras banjir itu juga menyebabkan sebahagian kerusi dan meja pelajar dihanyutkan.

“Banjir berlaku pada 27 November lalu menyebabkan sesi persekolahan bersemuka tidak dapat dijalankan dan diganti dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah secara dalam talian.

Pelajar cuba menyelamatkan arca seni yang dihasilkan di rak yang hampir terbalik.
Pelajar cuba menyelamatkan arca seni yang dihasilkan di rak yang hampir terbalik.

“Sementara 136 calon Sijil Pelajaran Malaysia ditempatkan di asrama Kolej Vokasional Bunut Susu dan menjalani Ujian Bertutut Bahasa Melayu pada Isnin minggu lepas,” katanya.

Beliau berkata, kini guru secara sukarela datang membersihkan kelengkapan sekolah seperti kerusi dan meja bagi persediaan sesi persekolahan bersemuka yang akan bermula pada Isnin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!