Larang beli topeng muka secara pukal dihantar ke luar negara

Dr Wan Azizah pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (HLC) Khas (JPBP) mengenai Kluster Penyakit Novel Coronavirus (COVID-19) Bilangan 2 tahun 2020 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. - Foto: ZAHID IZZANI
Dr Wan Azizah pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (HLC) Khas (JPBP) mengenai Kluster Penyakit Novel Coronavirus (COVID-19) Bilangan 2 tahun 2020 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. - Foto: ZAHID IZZANI
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak membenarkan sebarang pembelian topeng muka secara pukal untuk dihantar ke luar negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, larangan tersebut bagi mengelakkan kekurangan bekalan stok item tersebut.

"Kita dapati ada yang 'bertroli- troli' ambil topeng muka untuk dihantar ke luar negeri.

"Kerajaan tidak benarkan. Kita ada kuota," katanya.

Pada masa menurutnya, penjual juga diarahkan untuk tidak menjual secara pukal dan membuat kawalan kendiri.

"Kerajaan telah mengeluarkan surat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung arahan tersebut," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas jawatankuasa peringkat tinggi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berhubung Kluster Penyakit Covid-19 di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo serta Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi JPBP berkata, Kabinet menerusi KDN telah memutuskan untuk memberi kelonggaran pengambilan lebih ramai pekerja asing untuk penghasilan lebih banyak topeng muka.

Artikel Berkaitan:

"Apabila keperluan mendesak, pengilang perlu meningkatkan pengeluaran mereka," katanya.

Menurutnya, pengilang juga telah diberi pelepasan untuk mengadakan tambahan lebih masa bekerja iaitu tiga syif.

"Mereka (pengilang) menyatakan kalau boleh diadakan 24 jam produksi bagi meningkatkan pengeluaran," katanya.