X

Kindly register in order to view this article
!

Selangor atasi projek perumahan terbengkalai

Haniza Mohamed Talha
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor menambah baik proses perundangan dalam menangani projek perumahan terbengkalai antaranya seperti masalah mendapatkan dokumen projek asal, pertukaran kebenaran pembangunan dan kewangan.

Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Mohamed Talha berkata, pelaksanaan itu membuktikan Kerajaan Selangor komited terhadap isu berkenaan tidak kira melibatkan projek lama atau baharu.

“Sejak tahun lalu, saya mengadakan siri jelajah ke semua pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai Peringkat PBT bagi memperincikan maklumat mengenai projek terbengkalai.

“Setiap PBT telah menyenarai projek yang perlu diberi keutamaan serta memberi cadangan pemulihan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, sebanyak 159 projek perumahan terbengkalai di Selangor dengan melibatkan 32,755 unit rumah dikenalpasti yang kebanyakannya dibina pada awal 90-an.

“Pada 2009, Kerajaan Selangor mewujudkan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai Selangor serta mewujudkan pangkalan data berkenaan projek tersebut," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf