Saifuddin Nasution anggap SD sokong Dr Mahathir khabar angin

Saifuddin Nasution ketika sidang media selepas Sesi Dialog Bersama Industri Mengenai Impak COVID-19 di kementeriannya hari ini. -Foto Bernama
Saifuddin Nasution ketika sidang media selepas Sesi Dialog Bersama Industri Mengenai Impak COVID-19 di kementeriannya hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menganggap akuan bersumpah (SD) yang didakwa ditandatangani oleh ahli Parlimen termasuk dari parti itu bagi menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal sekadar khabar angin.

Menurutnya, beliau hanya mengetahui hal tersebut menerusi laporan berita.

"Setakat ini saya anggap khabar angin," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama pihak industri di kementeriannya di sini.

Saifuddin berkata, setakat ini tiada mana-mana pihak yang mendekatinya.

"Kami tidak tahu, tidak ada pengesahan dan itu masih kekal sebagai berita yang dilaporkan. Tidak ada sesiapa yang tampil dan setakat yang saya semak tidak ada," katanya.

Saifuddin berkata, Majlis Presiden Pakatan Harapan akan bermesyuarat pada 21 Februari depan.

"Yang saya tahu akan bermesyuarat seperti biasa. Itu yang saya tahu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar tidak tahu wujud akuan bersumpah halang jadi PM

Artikel Berkaitan:

Semalam, Portal Sarawak Report melaporkan sumber mendakwa bahawa ahli Parlimen dari UMNO, Pas, Bersatu selain ahli Parlimen PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali 'telah digesa untuk datang ke Kuala Lumpur' bagi menandatangani SD itu dalam tempoh 48 jam terakhir.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau tidak diberitahu secara rasmi mengenai hal tersebut.

Menurutnya, sehingga sekarang, beliau masih belum dimaklumkan mengenai kesahihan dakwaan mahu menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

"Kami tidak tahu, tidak ada pengesahan dan itu masih kekal sebagai berita yang dilaporkan. Tidak ada sesiapa yang tampil dan setakat yang saya semak tidak ada," katanya.

"Saya tidak menerima sebarang maklumat rasmi (berkaitan kesahihan dakwaan itu)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di sini hari ini.

Anwar berkata, keutuhan kesatuan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak boleh dipertikaikan biarpun ada usaha daripada pihak pembangkang yang mahu memecahbelahkan gabungan tersebut.

Katanya, fokus utama beliau ialah mengenai keperluan memberikan perhatian kepada masalah dihadapi rakyat dan menstabilkan ekonomi Malaysia.