Jumlah kematian akibat koronavirus melebihi 1,000 orang

Suruhanjaya Kesihatan Hubei melaporkan kematian akibat koronavirus wuhan di China sudah mencecah angka 1,011 dan lebih dari 42,000 kes positif dilaporkan. - Foto Xinhua
Suruhanjaya Kesihatan Hubei melaporkan kematian akibat koronavirus wuhan di China sudah mencecah angka 1,011 dan lebih dari 42,000 kes positif dilaporkan. - Foto Xinhua
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah kematian akibat koronavirus wuhan di China sudah mencecah angka 1,011 dan lebih dari 42,000 kes positif dilaporkan.

Semalam, Suruhanjaya Kesihatan Hubei melaporkan jumlah kematian sehari adalah 103 orang menjadikan semalam hari kematian tertinggi sejak kes itu dilaporkan hujung tahun lalu.

Selain di China, jumlah kematian kekal dua iaitu satu kes di Hong Kong dan satu lagi di Filipina.

Virus ini dipercayai bermula di sebuah pasar makanan laut di Wuhan iaitu ibu negeri wilayah Hubei dan kini bandar yang mempunyai 11 juta penduduk dikuarantin sejak 23 Januari lalu.

Semalam juga, Presiden China, Xi Jinping melawat hospital di Beijing dan mengarahkan tindakan yang lebih drastik bagi mengawal wabak ini.

Artikel Berkaitan: