VR temukan ibu bersama anaknya

Tangkapan layar video yang memaparkan Nayaeon sebak selepas dipertemukan bersama arwah anaknya melalui dunia maya dengan menggunakan teknologi VR
Tangkapan layar video yang memaparkan Nayaeon sebak selepas dipertemukan bersama arwah anaknya melalui dunia maya dengan menggunakan teknologi VR
A
A
A

KOREA SELATAN - Seorang ibu sebak selepas dipertemukan bersama anaknya melalui dunia maya dengan menggunakan teknologi Realiti Maya (VR).

Kisah tersebut telah dikongsi oleh syarikat televisyen di Korea Selatan, Munhwa Broadcasting Corporation melalui satu klip dokumentari khas yang bertajuk ‘I Met You’ di laman YouTube milik mereka.

Wanita tersebut, Jang Ji-sung Nayaeon kehilangan anaknya akibat penyakit yang tidak dapat diubati pada 2016 namun kini mampu kembali bertemu anaknya melalui dunia maya.

Menerusi video berkenaan, Nayaeon telah bercakap dengan anak perempuannya dan lebih menyentuh hati apabila mereka saling berpegangan tangan dan menangis membuatkan pihak produksi turut menangis.

Wanita tersebut mula menangis ketika melihat anaknya melalui VR yang kali terakhir dilihat pada tahun 2016 dan beberapa ahli keluarga yang melihat kejadian ini juga turut sebak dan mula menitiskan air mata.

Terdahulu, pihak produksi yang mengambil masa lapan bulan menyiapkan projek ini telah menggunakan manusia bagi merakam pergerakan dengan menggunakan teknologi 'motion capture' bagi memberi sedikit realiti di dunia maya.

Dalam pada itu, perkongsian video yang berdurasi 9 minit 38 saat itu kini tular di media sosial yang meraih hampir 8 juta tontonan di Youtube.

Rata-rata netizen sebak dengan titisan air mata ibunya yang memahami bagaimana peritnya kehilangan insan yang tersayang.

Artikel Berkaitan:

"Kalau saya di tempat awak pasti saya pun akan menangis kerana tidak menyangka dapat melihat anak yang telah meninggal dunia dapat bergerak kembali di hadapan kita," tulis Tina Sarah di Youtube.

Streling Adam pula memberitahu, "Sebak melihat video ini. Saya tahu bagaimana pedihnya kehilangan insan yang tersayang. Semoga wanita ini kuat dan tabah atas kehilangan anaknya."