Pelakon Korea Selatan, Park Soo Ryun meninggal dunia jatuh tangga

Soo Ryun terjatuh ketika pulang ke rumah selepas bekerja, menyebabkannya koma sebelum disahkan meninggal dunia. - Foto FB Jennie Vidz
Soo Ryun terjatuh ketika pulang ke rumah selepas bekerja, menyebabkannya koma sebelum disahkan meninggal dunia. - Foto FB Jennie Vidz
A
A
A

PELAKON Korea Selatan, Park Soo Ryun, 29, atau nama sebenarnya Park Young In meninggal dunia selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh tangga, kelmarin.

Menurut ahli keluarganya, Soo Ryun terjatuh ketika pulang ke rumah selepas bekerja, menyebabkannya koma.

Dia kemudian disahkan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak ketika mendapat rawatan di hospital, lapor Allkpop.

Berdasarkan laporan media Korea Selatan, ibunya memaklumkan bahawa jantungnya masih berfungsi, namun otaknya gagal berfungsi.

Berdasarkan laporan terbaru, keluarganya bersetuju untuk mendermakan organ Ryun kepada mereka yang memerlukan.

Sebelum kejadian itu, Soo Ryun sepatutnya ke Pulau Jeju, untuk membintangi drama muzikal terbaharunya.

Ryun juga cukup dikenali sebagai penyanyi dalam industri muzik Kpop dan turut membintangi beberapa drama antaranya Siddhartha, Finding Mr Destiny dan The Days We Loved.

Paling meninggalkan kesan adalah lakonannya dalam Snowdrop pada 2021 bersama-sama anggota Blackpink, Jisoo dan Jung Hae In.

Acara penghormatan terakhir Soo Ryun diadakan di Hospital Suwon, Gyeonggi Provincial Medical Centre, manakala upacara pengebumian dilaksanakan, pada Selasa. - Awani