Berita palsu koronavirus, KPN serah kepada Jabatan Peguam Negara

Abdul Hamid bermesra bersama pemain Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara di Stadium Mini Keladi, Kulim petang tadi.
Abdul Hamid bermesra bersama pemain Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara di Stadium Mini Keladi, Kulim petang tadi.
A
A
A

KULIM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyerahkan kertas siasatan berhubung berita palsu mengenai penularan wabak novel koronavirus 2019 kepada Jabatan Peguam Negara untuk proses pendakwaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sebelum ini telah pun menjalankan siasatan dan menyerahkan bukti lengkap sebelum keputusan dibuat untuk tindakan lanjut.

"Polis hanya menyiasat setiap kes yang dilaporkan secara terperinci bagi mendapatkan bukti yang lengkap sebelum laporan itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

"Kertas siasatan (yang lengkap) kita telah serahkan, terpulang kepada mereka bila mereka akan buat pendakwaan.

"Sekiranya mereka lihat kertas siasatan itu ada maklumat yang belum cukup, mereka akan minta polis untuk dapatkan maklumat itu," katanya kepada media di sini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara 2020 di Stadium Mini Keladi antara pasukan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dan Pulau Pinang petang tadi.

Dalam perkembangan lain katanya, polis telah memanggil beberapa individu berhubung akuan bersumpah bekas pasukan Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri yang dikatakan terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Sebelum ini, beliau berkata, saksi telah disenaraikan untuk diambil kenyataan selain menunggu arahan spesifik Jabatan Peguam Negara berhubung kes terbabit.

Artikel Berkaitan: