Hospital di Wuhan guna robot dilengkapi teknologi 5G

Dua hospital di Wuhan menggunakan robot yang dilengkapi teknologi 5G untuk membimbing pesakit dan menyahjangkit kawasan kuarantin bagi mengurangkan infeksi silang.
Dua hospital di Wuhan menggunakan robot yang dilengkapi teknologi 5G untuk membimbing pesakit dan menyahjangkit kawasan kuarantin bagi mengurangkan infeksi silang.
A
A
A

WUHAN - Dua hospital di Wuhan menggunakan robot yang dilengkapi teknologi 5G untuk membimbing pesakit dan menyahjangkit kawasan kuarantin bagi mengurangkan infeksi silang, lapor agensi berita Xinhua.

Satu robot, dipasang dengan kemudahan skrin interaktif digunakan di dewan hospital untuk membimbing pesakit bagi menjalani diagnosis dan mempromosikan maklumat mengenai pencegahan wabak, menurut syarikat yang membangunkan robot itu, CloudMinds.

Satu lagi robot diprogramkan untuk membersihkan dan menyahjangkit kawasan kuarantin serta menghantar ubat-ubatan.

Robot itu disumbangkan ke hospital yang dikhaskan untuk merawat pesakit yang dijangkiti novel koronavirus, menurut syarikat itu.

Robot ditugaskan di barisan hadapan dalam membantu China memerangi wabak koronavirus selain untuk mengurangkan risiko infeksi silang dan meningkatkan kecekapan.

Pengilang robot Siasun dan Institut Automasi Shenyang Akademi China sedang membangunkan robot yang boleh menggantikan jururawat dalam menjalankan ujian pada tekak untuk mengesan virus itu.

No Image Caption

ARTIKEL BERKAITAN: 41 lagi penumpang kapal persiaran positif koronavirus

Artikel Berkaitan:

Jumlah orang yang dijangkiti novel koronavirus di seluruh tanah besar China kini seramai 31,161 dengan 636 kematian, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara pada Jumaat.

"Pada tengah malam 6 Februari (16:00 GMT Khamis), Suruhanjaya Kesihatan Negara menerima maklumat mengenai 31,161 kes disahkan penyakit radang paru-paru disebabkan virus itu dari 31 wilayah (wilayah dan perbandaran). Seramai 4,821 orang berada dalam keadaan kritikal, 636 meninggal dunia, (dan) 1,540 orang dibenarkan keluar hospital," lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan suruhanjaya itu.

Semalam, angka kematian ialah seramai 563 orang, manakala jumlah yang dijangkiti 28,018.

Wabak virus baharu itu - 2019-nCoV - mula dikesan di bandar Wuhan China, di wilayah Hubei, pada Disember dan sejak itu ia telah merebak ke lebih 25 negara. Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan darurat kesihatan global berikutan penularan wabak tersebut.-Bernama