X

Kindly register in order to view this article
!

41 lagi penumpang kapal persiaran positif koronavirus

Ribuan penumpang kapal persiaran Diamond Princess kini dikuarantin dan langkah itu dijangka berterusan sehingga 19 Februari depan. - FOTO: AFP
A
A

TOKYO - Kira-kira 41 lagi penumpang sebuah kapal persiaran yang dikuarantin di Jepun disahkan positif koronavirus, menurut Menteri Kesihatan hari ini.

Angka baharu itu menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti di dalam kapal persiaran mewah yang membawa lebih 3,700 penumpang dari pelbagai negara itu kini mencecah 61 orang.

"Sebanyak 41 daripada 171 ujian yang dilakukan adalah positif wabak itu," kata Katsunobu Kato.

Difahamkan, pihak berkuasa kesihatan telah melakukan ujian terhadap 273 penumpang termasuk warga asing yang berada di dalam kapal persiaran Diamond Princess terbabit selepas ia berlabuh di pelabuhan Yokohama pada Isnin lalu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengesahkan 20 individu yang disahkan positif koronavirus termasuk seorang yang berada dalam keadaan kritikal telah dibawa keluar daripada kapal itu yang dijangka dikuarantin sehingga 19 Februari depan.

"Kami akan melakukan lebih banyak ujian pemeriksaan ke atas penumpang lain," ujar kementerian itu tanpa memberikan butiran lanjut. - AFP