Kerajaan jimat RM3.1 bilion, tamat PDP Lebuhraya Pan Borneo

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (dua dari kiri) bersama Menteri Kerja Raya Baru Bian (dua dari kanan) ketika sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Project Funding Agreement Yang Baharu Bagi Projek Lebuhraya Pan-Borneo Sarawak di Kementerian Kewangan hari ini.
Turut kelihatan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah (kiri) dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen (kanan). Perjanjian ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Danalnfra Nasional Berhad. - Foto Bernama
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (dua dari kiri) bersama Menteri Kerja Raya Baru Bian (dua dari kanan) ketika sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Project Funding Agreement Yang Baharu Bagi Projek Lebuhraya Pan-Borneo Sarawak di Kementerian Kewangan hari ini. Turut kelihatan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah (kiri) dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen (kanan). Perjanjian ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Danalnfra Nasional Berhad. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak RM3.1 bilion penjimatan akan diperoleh selepas kerajaan menamatkan perjanjian rakan pelaksana projek (PDP) bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, keputusan kerajaan untuk menamatkan perjanjian yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu itu dibuat selepas mendapati ia memberi implikasi kewangan yang tinggi.

Menurutnya, dengan penamatan perjanjian PDP itu juga, projek yang akan berkuat kuasa pada 20 Februari ini akan dibuat secara konvensional.

"Anggaran implikasi kewangan kepada kerajaan dengan penglibatan syarikat PDP sebelum ini adalah RM21.9 bilion manakala anggaran implikasi kewangan setelah perjanjian PDP ditamatkan adalah sebanyak RM18.8 bilion.

"Justeru, dengan penamatan ini, kerajaan tidak perlu membayar yuran PDP sebanyak 5.5 peratus daripada kos pembinaan serta kos-kos lain yang bersifat bayaran balik (reimbursable) kepada syarikat PDP.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan PH teruskan projek Pan Borneo

"Selaras dengan keputusan untuk menamatkan perjanjian PDP, Kementerian Kerja Raya telah mengeluarkan notis penamatan PDP kepada syarikat terbabit pada 20 September lalu," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembiayaan Projek Yang Baharu Bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Perjanjian Pembiayaan Projek itu ditandatangani bersama Pengarah DanaInfra Nasional Berhad, Datuk Dr Yaacob Mustafa; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Zakiah Jaafar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion.

Hadir sama, Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, hasil penjimatan sebanyak RM3.1 bilion itu pula akan digunakan untuk melaksanakan projek infrastruktur lain di Sarawak demi kesejahteraan rakyat di negeri itu.

"Saya yakin bahawa projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 786.4 kilometer ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi kepada Sarawak," katanya.