Hampir 500 orang mati akibat koronavirus

Wabak koronavirus yang diisytiharkan sebagai darurat kesihatan global dipercayai bermula Disember lalu di sebuah pasar menjual hidupan liar di ibu negeri Hubei, Wuhan.
Wabak koronavirus yang diisytiharkan sebagai darurat kesihatan global dipercayai bermula Disember lalu di sebuah pasar menjual hidupan liar di ibu negeri Hubei, Wuhan.
A
A
A

BEIJING - Jumlah korban terkini akibat wabak koronavirus meningkat kepada 490 orang selepas pihak berkuasa di wilayah Hubei melaporkan 65 lagi kematian hari ini.

Dalam taklimat hari ini daripada Suruhanjaya Kesihatan di Hubei, peningkatan turut berlaku ke atas jangkitan terbaharu membabitkan 3,156 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 23,500 kes berdasarkan kepada perangkaan dikeluarkan kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Kes membabitkan koronavirus ketika ini dilaporkan berlaku di lebih 20 negara seluruh dunia. - AFP

Artikel Berkaitan: