Selangor pastikan pembangunan di Hulu Selangor lestari, mesra alam

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

HULU SELANGOR - Kerajaan Selangor akan memastikan pelan pembangunan di Hulu Selangor mengambil kira penggunaan tanah secara lestari serta mesra alam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelbagai langkah diatur untuk merancakkan semula beberapa kawasan sebelum ini apabila dibangunkan secara tidak tersusun termasuk projek perumahan yang tidak mendapat sambutan.

“Saya yakin pelan digariskan menghidupkan kembali Bandar Bukit Beruntung dan kawasan lain.

"Saya boleh katakan Bukit Beruntung kembali beruntung,” katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, berdasarkan kajian, banyak kawasan dibangunkan, tetapi ditinggalkan.

"Isu ini berlaku di Bandar Bukit Beruntung, Bandar Bukit Sentosa, Bandar Sungai Buaya dan Lembah Beringin membabitkan 2,336 unit kediaman, 1,105 unit industri dan 787 unit komersial,” katanya.

Artikel Berkaitan: