Hizbullah ikrar operasi tidak terhenti sehingga perang Israel di Gaza tamat
SHAH ALAM - Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah berikrar bahawa operasi di selatan Lubnan tidak akan terhenti sehingga perang Israel di Gaza berakhir.
Beliau berkata, serangan yang berlaku tersebut tidak memberi kesan terhadap arahan, kawalan atau infrastruktur kumpulan tersebut.
“Resistance di Lebanon tidak akan berhenti menyokong resistance di Gaza, Tebing Barat, dan semua yang teraniaya.
“Hizbullah lebih bertekad selepas serangan dan ia tidak menggoyahkan iman, keyakinan serta kesiapsiagaan ketenteraan ini.
“Saya memberi jaminan bahawa infrastruktur kami tidak terjejas,” katanya menerusi siaran langsung di Al Jazeera pada Khamis.
Ia merupakan ucapan pertama selepas kejadian letupan peranti yang menyebabkan kematian puluhan rakyat Lubnan dan ratusan lagi cedera.
Semasa ucapan tersebut, jet pejuang Israel dipercayai berlegar-legar di ruang udara Beirut.
Gelombang kedua letupan peranti membunuh sekurang-kurang 20 mangsa dan mencederakan lebih 450 lagi di kubu Hizbullah di Lubnan, sekali gus meningkatkan kebimbangan bakal tercetus perang habis-habisan dengan Israel.
Menurut sumber rapat dengan Hizbullah, 'walkie-talkie' digunakan anggota-anggota kumpulan itu meletup di Beirut, manakala media negara ini melaporkan kejadian serupa turut berlaku di selatan dan timur Lubnan.
Selain itu, Hassan Nasrallah menganggap serangan yang berlaku dua hari lalu sebagai ‘tindakan pengganas’ dan ‘pembunuhan beramai-ramai’.
Ujarnya, perbuatan tersebut merupakan satu tindakan dan pengisytiharan perang terhadap rakyat Lubnan serta kedaulatan negara berkenaan.
“Israel mulakan serangan itu dengan menyasarkan peranti pager sekali gus mengetahui lebih 4,000 orang yang sedang menggunakannya.
“Apabila peranti ini didermakan, Israel berusaha untuk membunuh mereka secara serentak termasuk mereka yang berada di sekeliling.
“Serangan berkenaan dilakukan di hospital, farmasi, pasar raya, kedai komersial, kawasan kediaman, kenderaan persendirian dan jalan raya yang digunakan oleh ribuan rakyat tempatan,” katanya lagi.
Tambah Hassan Nasrallah, Israel ‘sengaja’ berniat untuk membunuh ribuan rakyat dengan menggunakan alat pager dan walkie-talkie yang dimatikan, disimpan dan tidak berfungsi.
Ujarnya, Rejim Zionis melanggar semua batasan dan garis merah dengan melaksanakan serangan yang sudah dikoordinasikan.
“Apabila peranti ini didermakan, Israel berusaha untuk membunuh mereka secara serentak termasuk yang berada di sekeliling,” jelasnya.