Wabak selesema burung H5N1 pula menular di China

Kira-kira 4,500 ayam yang diternak di ladang ternakan tersebut dilaporkan mati akibat dijangkiti virus H5N1 tersebut. - Foto Agensi
Kira-kira 4,500 ayam yang diternak di ladang ternakan tersebut dilaporkan mati akibat dijangkiti virus H5N1 tersebut. - Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - China melaporkan penularan wabak selesema burung H5N1 di sebuah ladang ternakan di bandar Shaoyang di wilayah selatan Hunan, menurut Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar semalam.

Kira-kira 4,500 daripada 7,859 ayam yang diternak di ladang tersebut dilaporkan mati akibat jangkitan virus itu.

Susulan insiden itu, pihak berkuasa bertindak memusnahkan kira-kira 17,828 ternakan sebagai langkah berjaga-jaga.

Awal minggu lalu, pihak berkuasa di India juga mula mengambil langkah memusnahkan ayam dan telur untuk membendung penularan virus selesema burung tersebut.

Sementara itu, virus H5N8 dilaporkan telah merebak di timur Eropah sejak beberapa minggu lalu.

Pada 2013, wabak selesema burung di China telah mengakibatkan kerugian berjumlah AS$6.5 bilion (RM26.6 bilion) terhadap sektor ekonomi negara itu. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Kematian di China meningkat kepada 304

Jumlah kematian akibat wabak koronavirus baru di Hubei meningkat sebanyak 45 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 304 kes setakat Sabtu (1 Februari) malam, menurut laporan televisyen China.

Artikel Berkaitan:

Hubei, di mana virus tersebut bermula, mencatatkan 1,921 kes tambahan, menjadikan kesemuanya 9,074 jangkitan di wilayah itu.

Di seluruh negara itu, jumlah jangkitan setakat ini telah melebihi 14,300 kes, menurut laporan agensi berita CNA.

Kebanyakan kes kematian dan jangkitan virus yang dinamakan 2019-nCoV itu dilaporkan di Hubei, sebuah wilayah di tengah China yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Pada Jumaat, seorang pegawai tinggi kerajaan di Wuhan, bandar yang mempunyai 11 juta penduduk di mana kes pertama dilaporkan pada Disember 2019, melahirkan kekesalan karena pihak berkuasa tempatan didakwa bertindak terlalu lambat.