Koronavirus: 123 pelancong China pulang naiki pesawat sewa khas

Tinjauan Bernama ke beberapa kedai farmasi dan Kedai Serbanika sekitar Bandaraya Kota Kinabalu kehabisan stok penutup hidung dan mulut berikutan 2019 Novel Koronavirus. - Foto Bernama
Tinjauan Bernama ke beberapa kedai farmasi dan Kedai Serbanika sekitar Bandaraya Kota Kinabalu kehabisan stok penutup hidung dan mulut berikutan 2019 Novel Koronavirus. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 123 pelancong China dari Hubei pulang menaiki pesawat sewa khas Xiamen Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) jam 6.30 petang tadi.

Mereka menaiki pesawat sewa khas atas inisiatif kerajaan China itu selepas kerajaan membatalkan semua penerbangan dari Wuhan, China susulan jangkitan koronavirus.

Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China (Ma-Zhong) Sabah, Dr Oh Ei Sun berkata, beliau dimaklumkan kumpulan pelancong itu berada di Kota Kinabalu sejak 23 Januari lepas.

“Mereka tidak dapat balik ke China selepas pembatalan sementara semua penerbangan dari negara ini ke Wuhan sebelum ini dan semua penerbangan ke China dari KKIA sejak semalam susulan jangkitan virus itu,” katanya kepada Bernama selepas menghantar kumpulan pelancong berkenaan di KKIA.

Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai jumlah pelancong China yang masih berada di negeri ini, namun bersedia memberi bantuan yang diperlukan untuk urusan penerbangan balik mereka.

Terdapat 10 penerbangan terus dari Wuhan ke KKIA dalam seminggu iaitu tujuh penerbangan dikendali syarikat penerbangan AirAsia dan tiga penerbangan oleh Malindo Air.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Jumlah kematian di China meningkat 213

WHO isytihar koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global

Artikel Berkaitan:

Pihak berkuasa penerbangan China menghantar dua pesawat Xiamen Airlines hari ini bagi membawa pulang rakyatnya yang terkandas di Bangkok, Thailand dan Kota Kinabalu, Malaysia, lapor AFP memetik sumber.

Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) dalam satu kenyataan memaklumkan seramai 117 warga China dari wilayah Hubei di Bangkok dan 100 di Kota Kinabalu bersedia untuk pulang ke Wuhan secepat mungkin.

CAAC telah menghantar dua pesawat Xiamen Airlines untuk membawa pulang rakyatnya yang terkandas di Bangkok, Thailand dan Kota Kinabalu, Malaysia hari ini.
CAAC telah menghantar dua pesawat Xiamen Airlines untuk membawa pulang rakyatnya yang terkandas di Bangkok, Thailand dan Kota Kinabalu, Malaysia hari ini.

"Penerbangan tersebut dijangka akan tiba di dua negara tersebut pada hari ini dan kita jual tiket kepada mereka secara sukarela," tulisnya.

Terdahulu, Kementerian Hal Ehwal Luar China memberitahu akan membawa semula penduduk Wuhan yang berada di luar negara secepat mungkin.

Tindakan itu dilakukan susulan beberapa syarikat penerbangan di seluruh dunia menghentikan semua penerbangan ke China bagi membendung penularan wabak koronavirus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global selepas mengadakan satu mesyuarat tergempar awal hari ini.

Keputusan itu dilakukan selepas koronavirus Wuhan disahkan boleh merebak dari manusia ke manusia lain di luar dari negara China. - Bernama