Tiada kes koronavirus di Sungai Petani

Nor Azrina hadir merasmikan Rumah Pam Sungai Gelam di Masjid At-Tahir hari ini.
Nor Azrina hadir merasmikan Rumah Pam Sungai Gelam di Masjid At-Tahir hari ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Tiada kes koronavirus dilaporkan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani sebagaimana yang ditularkan di media sosial baru- baru ini.

Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip berkata, orang ramai tidak sepatutnya menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung perkara itu kerana ia boleh menimbulkan kebimbangan dan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

"Pengguna media sosial perlu memastikan kesahihan sebarang maklumat sebelum dihebahkan memandangkan ia boleh memberi kesan kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Rumah Pam Sungai Gelam di Masjid At-Tahir di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA), Mohd Sulaiman Mohd Jusoh; Pengurus Kanan Wilayah Tengah SADA, Hizaruddin Razak dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai, Mejar Anuar Abdul Hamid.

Nor Azrina berkata, Rumah Pam Sungai Gelam berkapasiti 30,000 gelen yang dibina pada Oktober 2019 telah beroperasi 19 Januari lalu bagi memberi manfaat kepada kira-kira 500 penduduk di sebahagian Kampung Sungai Gelam, Kampung Permatang Nering, Kampung Pengkalan Bujang dan Kampung Candi.

Katanya, pembinaan dengan kos mencecah RM300,000 menggunakan dana Parlimen Merbok diharapkan mampu mengatasi isu air yang berlarutan lebih 20 tahun di kawasan terbabit.

Artikel Berkaitan: