Koronavirus: Terlalu awal anggap pelancongan terjejas

Mohamaddin (tengah) bermesra bersama penerima watikah adiguru kraf yang diberikan pengiktirafan sempena Festival Kraf Tekstil Pantai Timur 2020 hari ini.
Mohamaddin (tengah) bermesra bersama penerima watikah adiguru kraf yang diberikan pengiktirafan sempena Festival Kraf Tekstil Pantai Timur 2020 hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyifatkan masih terlalu awal untuk membuat andaian kadar kemasukan pelancongan ke negara ini merosot atau sebaliknya berikutan penularan koronavirus.

Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, pihaknya akan mendapatkan jumlah sebenar kemasukan pelancong daripada Jabatan Imigresen memandangkan wabak berkenaan berlaku belum sampai setengah bulan.

"Bukan Malaysia sahaja dilanda masalah ini sebaliknya ia melibatkan seluruh dunia. Kalau kita lihat negara-negara lain pun sama sahaja, seperti di Thailand dan Kanada (ada kes).

“Oleh kerana setakat ini ia (koronavirus) masih baru, kita tidak boleh kata yang pelancongan sudah terjejas dan sebagainya kerana wabak ini. Di Malaysia kita bersyukur kerana mereka yang terkena wabak itu adalah datang dari Wuhan yang masuk ke negara kita.

“Terlalu awal kalau hendak kata, pelancongan terjejas kerana wabak ini belum sampai setengah bulan,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Festival Kraf Tekstil Pantai Timur 2020 di Dataran Muhammadi yang turut dihadiri Timbalan Gabenor Wilayah Narathiwat, Pateemoh Sadeeyamu dan Ketua Pengarah Kraf Tangan Malaysia, Ibrahim Ismail.

ARTIKEL BERKAITAN: 14 warga China tiba dari Wuhan telah dihantar pulang: Muhyiddin

Dalam pada itu, Mohamaddin juga memberitahu, pihaknya masih mengekalkan sasaran seramai 30 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 meskipun berlaku penularan wabak berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Kita kekalkan sasaran asal. Capai sasaran atau tidak itu bukan persoalan utama tetapi setakat ini masih kekalkan sasaran awal,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamaddin berkata, Malaysia tidak bergantung kepada pelancong dari satu negara sahaja yang masuk ke negara ini.

“Terlalu awal kalau hendak kata, pelancongan terjejas kerana wabak ini belum sampai setengah bulan,” katanya

“Selama ini pun kita tidak bergantung pada satu negara. Pelancong dari Singapura adalah paling tinggi masuk ke negara kita,” katanya.

Pada festival tersebut kementerian turut menyampaikan watikah adiguru kraf kepada empat orang usahawan kraf iaitu, Ibrahim Deraman (bidang batik terap), Wan Manang Wan Awang (songket), Muhaimin Hasbollah (kayu) dan Rohana Abdul Rahman (seramik).