Bekas pengurus Air Pahang didakwa 22 tuduhan rasuah

Sani khan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan atas 22 pertuduhan menerima suapan daripada pemilik syarikat kontraktor empat tahun lalu.
Sani khan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan atas 22 pertuduhan menerima suapan daripada pemilik syarikat kontraktor empat tahun lalu.
A
A
A

KUANTAN - Bekas Pengurus Perolehan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Sani Khan Ali Khan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan atas 22 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM44,700 daripada pemilik syarikat kontraktor empat tahun lalu.

Sani Khan, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.

Tertuduh ketika itu bekerja sebagai Pengurus Perolehan di PAIP menerima suapan daripada Chong Wei Peng berjumlah RM1,200 hingga RM4,200 melalui 22 kali pemindahan dalam akuan miliknya dengan nilai keseluruhan RM44,700.

Suapan itu diberikan oleh Wei Peng sebagai balasan untuk memberikan kerja-kerja pengurusan air Pahang kepada syarikat yang dikawal selia olehnya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Sani Khan di RHB Bank Berhad Cawangan Jalan Air Putih, Kuantan antara 6 Julai 2017 hingga 18 Disember 2018.

Beliau yang kini bertugas sebagai Pengurus Pendidikan PAIP didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta sama.

Tertuduh ketika itu bekerja sebagai Pengurus Perolehan di PAIP menerima suapan daripada Chong Wei Peng berjumlah RM1,200 hingga RM4,200 melalui 22 kali pemindahan dalam akuan miliknya dengan nilai keseluruhan RM44,700.
Tertuduh ketika itu bekerja sebagai Pengurus Perolehan di PAIP menerima suapan daripada Chong Wei Peng berjumlah RM1,200 hingga RM4,200 melalui 22 kali pemindahan dalam akuan miliknya dengan nilai keseluruhan RM44,700.

Artikel Berkaitan:

Tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mahadi Abdul Jumaat menawarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kesemua 22 pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh.

Beliau juga mahu mahkamah mempertimbangkan syarat tambahan iaitu Sani Khan perlu melapor diri di Pejabat SPRM Pahang pada minggu pertama setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga perbicaraan kes selesai.

Bagaimanapun peguam yang mewakili Sani Khan, Dir Kheizwan Kamaruddin memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin yang ditawarkan pihak pendakwaan.

Dir Kheizwan berkata, jumlah itu cukup membebankan memandangkan anak guamnya masih menanggung tiga anak yang masih bersekolah selain perlu menyara ibu serta isteri.

"Tertuduh telah memberi kerjasama kepada pihak SPRM sepanjang setahun lalu dan wang jaminan yang ditawarkan hanya untuk memastikan kehadiran anak guam saya ke mahkamah.

"Jadi, saya pohon jaminan yang lebih rendah dikenakan terhadap anak guam saya dan hari ini adik kepada tertuduh hadir untuk berbuat demikian (menjamin)," katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan Sani Khan diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 20 Februari depan.