Koronavirus: Penyembur antivirus ditempatkan di wad kecemasan

Kakitangan kesihatan Korea Selatan menyembur penyahjangkit di bas terminal bas Gwangju sebagai usaha membendung penularan koronavirus. - Foto AFP
Kakitangan kesihatan Korea Selatan menyembur penyahjangkit di bas terminal bas Gwangju sebagai usaha membendung penularan koronavirus. - Foto AFP
A
A
A

SHANGHAI - Penyembur antivirus baharu telah ditempatkan di wad kecemasan di Pusat Klinik Kesihatan Awam Shanghai bagi melindungi kakitangan perubatan daripada jangkitan koronavirus.

Golongan itu boleh menggunakan penyembur tersebut sebelum memasuki kawasan kuarantin yang mana mereka perlu membuka mulut untuk membolehkan ubat tersebut memasuki saluran pernafasan bagi perlindungan bioaktif terhadap jangkitan dan digunakan bersama sut biobahaya dan topeng.

Ubat baharu tersebut dicipta oleh kumpulan saintis di institut pusat klinik kesihatan awam terbabit.

Menurut ketua institut tersebut, Prof Xu Jianqing, pasukan penyelidik mengambil masa lebih enam tahun menghasilkan ubat baharu untuk rawatan penyakit berjangkit dalam saluran pernafasan.

Individu yang dijangkiti tidak menyebarkan virus sehingga mereka mula menunjukkan simptom seperti demam, masalah pernafasan dan radang paru-paru. - Foto AFP
Individu yang dijangkiti tidak menyebarkan virus sehingga mereka mula menunjukkan simptom seperti demam, masalah pernafasan dan radang paru-paru. - Foto AFP

"Ubat itu terbukti berkesan terhadap koronavirus baharu. Ia memainkan peranan positif dalam rawatan peringkat awal. Bagaimanapun, ia masih belum mendapat lesen untuk dipasarkan menyebabkan ubat tersebut tidak boleh digunakan untuk merawat pesakit.

"Ia kini hanya digunakan untuk kakitangan perubatan di Pusat Klinik Kesihatan Awam Shanghai," lapor portal berita The Portal memetik kenyataan Jianqing.

Menurutnya, penyembur tersebut mengandungi dua bahan aktif boleh menghalang keradangan dan memperbaiki mukosa saluran pernafasan.

ARTIKEL BERKAITAN: China berdepan masalah kekurangan bekalan perubatan

Pihak berkuasa China hari ini berkata, anggota perubatan telah dikerahkan untuk memerangi wabak koronavirus namun berdepan masalah kekurangan bekalan perubatan yang diperlukan, lapor agensi berita Anadolu.

Memandangkan jumlah kematian meningkat kepada 106 orang dengan kes mereka yang dijangkiti turut bertambah seramai lebih 4,500 orang, Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China berkata, lebih 10,000 katil hospital telah disediakan untuk pesakit, menurut South China Morning Post.

Bercakap pada sidang media di Beijing, Timbalan Ketua Biro Pentadbiran Perubatan NHC Jiao Yahui berkata, 4,000 kakitangan perubatan telah ditempatkan di wilayah tengah Hubei.

"China menghantar kira-kira 6,000 anggota perubatan ke Hubei," katanya dengan 1,800 dijangka tiba petang ini. - Agensi

Artikel Berkaitan: