MAPS ditutup berkuat kuasa hari ini

MAPS ditutup berkuat kuasa hari ini.
MAPS ditutup berkuat kuasa hari ini.
A
A
A

IPOH - [DIKEMASKINI] Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) yang dibangunkan dengan kos RM520 juta ditutup mulai hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) daripada Messrs Ernst & Young.

Menurut notis tersebut, tiada tempoh ditetapkan terhadap penutupan taman tema tersebut sehingga diberitahu.

Difahamkan satu sesi taklimat diadakan bersama-sama kakitangan taman tema tersebut berkaitan penutupan berkenaan di sebuah hotel di sini.

Dalam pada itu, Sinar Harian mendapatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) mengenai isu tersebut bagaimanapun pihak berkenaan memaklumkan penjelasan lanjut akan diberikan kemudian.

Animation Theme Park (ATP) Sdn Bhd yang mengendalikan MAPS sebelum ini gagal membayar balik bayaran prinsipal berjumlah RM25.7 juta kepada Affin Hwang Investment Bank Bhd (Affin Investment).

Affin Investment pada 4 Disember melantik Datuk Duar Tuan Kiat dari Messrs Ernst & Young sebagai penerima dan pengurus hartanah ATP yang juga pengendali MAPS.

ARTIKEL BERKAITAN: MAPS akan terus beroperasi, kata MB Perak

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, berdepan masalah tunggakan bil elektrik hampir RM4 juta hingga menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan pemotongan bekalan elektrik baru-baru ini.

Tunggakan bil elektrik MAPS hampir RM4 juta

MAPS yang dibuka kepada orang ramai pada Jun 2017 dibangunkan dengan kos RM520 juta.