X

Kindly register in order to view this article
!

Kanada sahkan kes pertama koronavirus

Pegawai Perubatan Ontario mengadakan taklimat berhubung koronavirus di Kanada. - Foto AFP
A
A

OTTAWA - Pihak berkuasa kesihatan Kanada semalam mengesahkan kes pertama koronavirus di negara itu.

Pesakit yang disahkan dijangkiti koronavirus ialah seorang lelaki berusia 50-an yang tiba di Toronto dari Wuhan pada 22 Januari lalu.

Dia kini sedang dirawat secara berasingan di sebuah hospital di negara itu.

Ujian yang dijalankan terhadap isteri pesakit turut positif, bagaimanapun kes wanita itu masih disenaraikan sebagai disyaki sementara menunggu pengesahan akhir oleh makmal negara di Winnipeg dekat wilayah Manitoba.

Setakat ini, hampir 20 orang sedang dipantau.

Menurut ketua pegawai perubatan wilayah, David Williams, isteri lelaki itu yang turut membuat perjalanan bersama suaminya juga dipercayai dijangkiti wabak tersebut dan kini sedang dikuarantin.

Dalam kes pertama, gejala yang dialami lelaki berkenaan tidak dapat dilihat ketika turun dari pesawat namun dia tampil memberitahu perkhidmatan kecemasan tentang perjalanannya ke Wuhan baru-baru ini.

Ketua agensi kesihatan awam Kanada, Theresa Tam berkata, pihak berkuasa kesihatan kemudiannya membawa lelaki itu ke sebuah hospital di Toronto dan dikuarantin.

"Penumpang yang duduk berhampiran lelaki terbabit dalam penerbangan China Southern Airlines telah dihubungi. Mereka yang berada lebih dua meter daripadanya tidak perlu bimbang," katanya. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!