Polis kesan pemandu langgar lari

Polis giat mengesan pemandu kereta bagi membantu siasatan kes langgar lari di Kilometer 11 Jalan Banting-Dengkil Selasa lalu.
Polis giat mengesan pemandu kereta bagi membantu siasatan kes langgar lari di Kilometer 11 Jalan Banting-Dengkil Selasa lalu.
A
A
A

BANTING - Orang ramai diminta menyalurkan maklumat bagi mengesan pemandu kenderaan yang terlibat dalam kes langgar lari yang berlaku di lampu isyarat di Kilometer 11 Jalan Banting-Dengkil di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima laporan polis daripada pemandu kereta terbabit.

"Kita masih lagi mengesan kenderaan dan pemandu yang terlibat.

"Mohon bantuan orang ramai yang ada maklumat berkenaan kes ini supaya hadir ke balai terdekat atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Lau Ung Hee di talian 019-6699901," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi, seorang pelajar perempuan, Nur Aida Rafhanah Zaidi, 13, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah manakala seorang lagi pelajar mengalami patah tangan kanan selepas dilanggar sebuah kereta dipercayai jenis Proton Satria warna putih yang datang dari arah Dengkil menghala ke Banting.

Kereta terbabit terus melarikan diri selepas kejadian sementara kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: