Bot nelayan karam: Mayat tekong ditemui

Mayat mangsa dibawa anggota penyelamat ke jeti Zon Maritim Batu Pahat. Foto Maritim Malaysia
Mayat mangsa dibawa anggota penyelamat ke jeti Zon Maritim Batu Pahat. Foto Maritim Malaysia
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang daripada empat nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki karam akibat cuaca buruk di Tanjung Segenting, ditemukan lemas pada malam Sabtu.

Mayat Chiah Kah Chong, 53, yang juga tekong bot ditemui oleh bot nelayan yang kebetulan melalui lokasi berkenaan pada jam 7 malam.

Pengarah Maritim Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, mayat diserahkan kepada bot Penggalang 30 untuk dibawa Jeti Zon Maritim Batu Pahat.

Menurutnya, mayat akan diserahkan kepada pihak polis kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail bagi tindakan selanjutnya.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail bagi tindakan selanjutnya. Foto Maritim Malaysia
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail bagi tindakan selanjutnya. Foto Maritim Malaysia

"Sebelum itu, operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) dimulakan seawal 7 pagi dengan enam buah aset di laut dan dua buah aset di udara telah diatur gerak.

"Ia melibatkan aset dari Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk melakukan pencarian mangsa terbabit," katanya dalam kenyataan pada malam Sabtu.

Sebelum itu, empat nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka dilaporkan terbalik dan tenggelam akibat cuaca buruk di perairan Tanjung Segenting dekat sini, pagi Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Seorang mangsa, Tan Siak Bin, 43, terselamat selepas ditemui nelayan lain yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

Setakat ini, hanya tiga lagi mangsa belum ditemui iaitu Lee Poh Ling, 68, Tan Hai Lan, 62, dan Daud Darus@Hamid, 53.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!