Guru BI dari Singapura: Perlu diteliti, utama rakyat bukan 'orang luar'

Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pertemuan empat mata dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong di Seri Perdana di Putrajaya.
Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pertemuan empat mata dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong di Seri Perdana di Putrajaya.
A
A
A

PADA Rabu lalu Malaysia dihangatkan dengan isu pengambilan sukarelawan guru Bahasa Inggeris dari Singapura untuk mengajar Bahasa Inggeris (BI) dan mata pelajaran lain di beberapa tempat dalam negara.

Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pertemuan empat mata dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong di Seri Perdana di Putrajaya.

Bagaimanapun, hari ini Anwar memberitahu ia merupakan cadangan dari Malaysia sekiranya republik itu mempunyai skim bantuan sukarela untuk siswazah Singapura dihantar ke kawasan miskin bandar, pedalaman, Sabah dan Sarawak.

Tidak dinafikan penguasaan Bahasa Inggeris sangat diperlukan untuk pembangunan negara selain memberi kelebihan yang bernilai kepada perkembangan dan masa depan pelajar.

Jadi penting untuk sesebuah kerajaan mencari pendekatan yang baharu bagi menambah baik sistem pendidikan negara demi masa depan anak bangsa.

Namun, timbul persoalan kenapa kerajaan menggunakan khidmat guru Singapura dan bukannya anak-anak Malaysia bagj menjayakan program tersebut.

Ia bukan sahaja memberi gambaran seolah-olah 'orang luar' diutamakan berbanding mengangkat kepakaran rakyat sendiri tetapi turut melibatkan isu kos.

Kerajaan sepatutnya meneliti dan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak sebelum melaksanaka program tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menurut Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz, kerajaan mungkin boleh merangka program jangka panjang bagi meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan golongan muda.

"Sebagai ingatan guru dari Singapura itu juga akan dibayar dengan kadar mengikut dolar Singapura yqng mana tiga kali ganda lebih kerana perlu ikut kadar tukaran (mata wang)," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi turut memberi respon terhadap isu tersebut.

Beliau dalam masa sama turut mempersoal kenyataan kerajaan sebelum ini yang tegas ingin melaksanakan penjimatan.

"Betulkah nak ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura? Bertambahlah perbelanjaan negara. Mesti ikut rate (kadar) gaji dan mata wang Singapura. Kata nak berjimat," ujarnya.

Dalam pada itu, Pakar Sosiologi Pendidikan, Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, secara peribadi beliau melihat usaha yang dilakukan Anwar itu sebagai satu pendekatan baharu yang perlu dicuba.

“Ingin saya nyatakan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid yang tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih sangat lemah. Sekitar 62 peratus murid-murid mendapat gred C, D, E dan gagal.

“Ini merupakan satu petanda bahawa negara bakal mengalami kerugian besar jika tidak segera menambah baik sistem pendidikan kerana kebanyakan syarikat besar berurus niaga dalam bahasa Inggeris

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!