Murid SK Tambun pening bau sampah setiap hari

Tong sampah pasar awam berhampiran sekolah menyebabkan pembelajaran murid-murid khususnya kelas PPKI terganggu kerana bau busuk.
Tong sampah pasar awam berhampiran sekolah menyebabkan pembelajaran murid-murid khususnya kelas PPKI terganggu kerana bau busuk.
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Bau sampah meloyakan dari tong sampah pasar terletak tidak sampai 50 meter dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tambun di sini didakwa mengganggu tumpuan murid terutama kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SK Tambun, Amin Nur Fikry Yusof berkata, masalah itu bukan baharu malah sudah berlarutan sejak 2018.

Menurutnya, sejak lebih lima tahun itu, murid-murid PPKI terpaksa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam keadaan tidak selesa.

"Ketika ini terdapat seramai 77 orang murid kurang upaya pelbagai kategori berada di sekolah ini. Seperti yang semua sedia maklum kanak-kanak PPKI di sini sangat sensitif terhadap persekitaran. Bukan sahaja tumpuan mereka terganggu tetapi kesihatan juga terjejas.

"Lebih memburukkan lagi keadaan, bangunan kelas mereka sering dinaiki air dan berlaku banjir kilat jika setiap kali hujan lebat. Air berbau busuk yang membawa bersama sampah akan masuk ke dalam kelas mereka," katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

Tong sampah pasar awam berhampiran sekolah menyebabkan pembelajaran murid-murid khususnya kelas PPKI terganggu kerana bau busuk.
Tong sampah pasar awam berhampiran sekolah menyebabkan pembelajaran murid-murid khususnya kelas PPKI terganggu kerana bau busuk.

Nur Amin Fikry berkata, setiap kali banjir kilat, pihak sekolah dan PIBG terpaksa bergotong-royong membersihkan kelas dan beberapa bilik lain yang terjejas sehingga menyebabkan sesi pembelajaran terganggu.

Jelasnya, masalah tersebut sudah beberapa kali dibangkitkan oleh ibu bapa sama ada melalui mesyuarat PIBG mahupun di dalam kumpulan aplikasi WhatsApp dan Telegram sekolah untuk meminta penyelesaian segera.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu katanya, pihak PIBG telah memanjangkan permasalahan berkenaan kepada pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerusi ahli majlis, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta dan Pejabat Ahli Parlimen Tambun.

Sementara itu, Ketua Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun, Mohamad Hairul Sabri ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa berkata, pihaknya sudah mengambil maklum masalah dihadapi sekolah berkenaan susulan aduan dikemukan pihak PIBG.

Air memasuki kelas dan beberapa bilik di bangunan PPKI menyebabkan murid belajar dalam keadaan tidak selesa.
Air memasuki kelas dan beberapa bilik di bangunan PPKI menyebabkan murid belajar dalam keadaan tidak selesa.

Katanya, Program Turun Padang telah diadakan pada Isnin bagi melihat dengan lebih dekat masalah tersebut serta mencari penyelesaian agar kejadian tidak berulang.

"Semalam (Isnin) kita buat Program Turun Padang bersama beberapa agensi seperti MBI, JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) dan JKR (Jabatan Kerja Raya) termasuk wakil PIBG bagi melihat secara dekat masalah tersebut.

"Kita sedang menunggu ulasan teknikal daripada jabatan berkaitan mengenai punca dan penyelesaian terhadap masalah berkenaan," katanya.

Menurutnya, selepas ulasan teknikal tersebut diterima, peruntukan akan disalurkan kepada pihak berkaitan untuk memastikan isu tersebut diatasi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!