Op HUU: Halangan lalu lintas rekod kesalahan tertinggi

JSPT Kuala Lumpur turut mengadakan sekatan jalan raya dalam Op HUU. Foto JSPT KL
JSPT Kuala Lumpur turut mengadakan sekatan jalan raya dalam Op HUU. Foto JSPT KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16,496 notis saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan dalam Operasi Hormat Undang-undang Jalan Raya (Op HUU) Polis Kuala Lumpur, sepanjang tempoh lima hari sehingga Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, tindakan itu diambil hasil pelaksanaan 106 operasi di sekitar ibu kota.

"Kesalahan halangan lalu lintas mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 12,376 saman, selain meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki iaitu sebanyak 707 saman dan tiada lesen memandu (470).

"Turut direkodkan adalah kesalahan cukai jalan tamat tempoh (316), nombor kenderaan tidak mengikut spesifikasi (238), tiada cermin sisi (195), penggunaan alat telekomunikasi (100), tidak menampal pelekat P (121), tidak mengikat kemas topi keledar (53) dan beberapa kesalahan lain," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Antara kenderaan yang dikesan melanggar undang-undang trafik pada Op HUU di Kuala Lumpur. Foto JSPT KL
Antara kenderaan yang dikesan melanggar undang-undang trafik pada Op HUU di Kuala Lumpur. Foto JSPT KL

Sarifudin berkata, operasi tersebut turut melibatkan agensi penguat kuasa lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar.

"Sebanyak dua motosikal dan sebuah lori disita dan seramai 34 individu ditahan dalam operasi tersebut," katanya.

Pada 31 Mei lalu, media melaporkan Polis Kuala Lumpur akan terus melaksanakan Op HUU sehingga 15 Jun ini.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, operasi itu akan menggunakan konsep sama iaitu memberi penekanan utama membabitkan kesalahan halangan lalu lintas, garisan putih, nombor pendaftaran, motosikal, didik, parkir haram, lampu merah dan telefon bimbit.

Sebelum ini, Op HUU dijalankan dua fasa dengan Fasa 1 dilaksanakan pada 3 hingga 31 Julai 2023 manakala Fasa 2 pada 15 sehingga 29 September 2023.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!