Polis cari penunggang mikromobiliti bahayakan pengguna jalan raya

Video tular yang memaparkan penunggang mikromobiliti di Bandar Tasik Puteri, Rawang, di sini, pada Sabtu.
Video tular yang memaparkan penunggang mikromobiliti di Bandar Tasik Puteri, Rawang, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

GOMBAK - Polis mengesan penunggang mikromobiliti yang membahayakan pengguna jalan raya di Bandar Tasik Puteri, Rawang, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 30 saat yang tular di media sosial.

"Hasil siasatan awal mendapati kenderaan itu ditunggang dari arah Persiaran Tan Sri Low Yow Chuan menghala ke Persiaran Lembah Hijau 3 di Bandar Tasik Puteri, menggunakan lorong paling kanan.

"Perbuatan ini boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada penunggang mikromobiliti tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Video tular yang memaparkan penunggang mikromobiliti di Bandar Tasik Puteri, Rawang, di sini, pada Sabtu.
Video tular yang memaparkan penunggang mikromobiliti di Bandar Tasik Puteri, Rawang, di sini, pada Sabtu.

Nor Ariffin berkata, pihaknya sedang mengesan penunggang kenderaan mikromobiliti dan meminta pemilik rakaman papan pemuka untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Kaedah 3(1) P.U.(a) 453/202 (menggunakan kenderaan mikromobiliti tertentu yang dilarang).

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Sarjan Mazlan Mohd Arifin di talian 012-4551413 atau bilik gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Seorang wanita didapati menunggang kenderaan mikromobiliti di atas jalan raya di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Gombak. Video wanita yang berdurasi selama 30 saat ini tular di media sosial semalam. Perbuatan berbahaya ini mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad dan bertindak mengesan individu ini. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral

original sound - Sinar Harian