‘Street Calligraphy’ jernihkan salah faham

Pengunjung tidak melepaskan peluang melihat bagaimana nama mereka ditulis dengan empat jenis tulisan iaitu rumi, jawi, Tamil dan Cina ketika Program ‘Street Calligraphy’ anjuran Pemuda Pas Kuala Langat di Pantai Morib Banting semalam.

A
A
A

KUALA LANGAT - ‘Street Calligraphy’ yang dianjurkan Pemuda Pas Kuala Langat di Pantai Morib Banting semalam bertujuan menjernihkan salah faham dan ketakutan bukan Islam terhadap tulisan jawi.

Ketua Pemuda Pas Negeri Selangor, Hanafi Zulkapli berkata, program dengan kerjasama Muslimat Muda Pas (Ameerah) Kuala Langat turut memberi pendedahan mengenai seni kaligrafi kaum lain di negara ini.

Menurutnya, pihaknya berbesar hati dalam program dianjurkan pengunjung yang hadir teruja melihat bagaimana nama mereka ditulis dengan empat jenis tulisan iaitu rumi, jawi, Tamil dan Cina.

“Lebih 50 nama yang sempat ditulis di atas kertas yang disediakan oleh tiga penulis jemputan iaitu Nik Nur Muhammad Alif (jawi) Safua Ain (Cina) dan Venothraj Gengatharan (Tamil).

“Antara objektif program ini adalah untuk menjernihkan salah faham dan ketakutan non-muslim terhadap tulisan jawi. Ia juga bertujuan untuk merapatkan jurang dan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa dan diharapkan dapat memupuk rasa kasih sayang dan kefahaman terhadap seni kaligrafi kaum lain di Malaysia yang unik,” katanya.

Ketua Pemuda MIC Selangor, Sritheran Renganathan dan Setiausaha Pemuda Pas Negeri Selangor, Muhammad Hanif Jamaluddin menunjukkan nama masing-masing yang ditulis dengan empat jenis tulisan.
Ketua Pemuda MIC Selangor, Sritheran Renganathan dan Setiausaha Pemuda Pas Negeri Selangor, Muhammad Hanif Jamaluddin menunjukkan nama masing-masing yang ditulis dengan empat jenis tulisan.

Hanafi berkata, kehadiran pengunjung dalam kalangan bangsa lain pada program bermula jam 5 petang sehingga 7 malam itu membuktikan masyarakat tidak terpengaruh dengan momokan negatif terhadap tulisan jawi.

“Buktinya, pengunjung berasa teruja untuk melihat nama mereka ditulis dengan empat jenis tulisan iaitu tulisan rumi, jawi, Tamil dan Cina,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang turut hadir ke program itu menegaskan jawi bukanlah sebab berlakunya perpecahan seperti didakwa segelintir pihak.

Menurutnya, penguasaan tulisan jawi dan tulisan bangsa lain adalah antara usaha yang dapat merapatkan serta mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

“Semua kaum digesa saling mengenali dan memahami serta menghormati budaya di antara satu sama lain,” katanya.

Pengunjung tidak melepaskan peluang melihat bagaimana nama mereka ditulis dengan empat jenis tulisan iaitu rumi, jawi, Tamil dan Cina ketika Program ‘Street Calligraphy’ anjuran Pemuda Pas Kuala Langat di Pantai Morib Banting semalam