Warga tempatan petualang penempatan haram PATI - JIM

JIM mengesan penglibatan warga tempatan yang bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi penempatan haram mahu pun premis perniagaan. (Gambar kecil: Ruslin) Gambar fail
JIM mengesan penglibatan warga tempatan yang bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi penempatan haram mahu pun premis perniagaan. (Gambar kecil: Ruslin) Gambar fail
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan penglibatan warga tempatan yang bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi penempatan haram mahu pun premis perniagaan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya telah mengenal pasti 220 lokasi panas PATI di seluruh negara.

Menurutnya, 'hotspot' itu bukan sahaja penempatan haram tetapi turut melibatkan premis perniagaan dan kawasan yang sering menjadi tempat berkumpul warga asing.

"Setakat Mei ini, ada beberapa lokasi hotspot telah diserbu dan terbaharu membabitkan kawasan perkampungan haram yang dihuni warga asing dengan sebahagian besarnya adalah etnik Rohingya di Sentul, Kuala Lumpur.

"Majoriti hotspot ialah penempatan yang dikesan sama ada dibina secara haram atau sewa selain tempat kerja dan perniagaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, JIM banyak menerima aduan daripada penduduk atau pemimpin masyarakat yang bimbang dengan lambakan warga asing.

Jelasnya, semakan akan dibuat dan JIM tidak mahu warga asing di Malaysia ini tinggal secara tidak sah tanpa sebarang dokumen atau pas kerja.

"Kita tidak tolak kemungkinan ada 'orang kita' yang sekongkol dengan warga asing.

Artikel Berkaitan:

"Kita tidak mahu mereka (PATI) ini bebas bergerak sesuka hati sedangkan mereka lakukan kesalahan imigresen," ujarnya.

Selasa lalu, serbuan JIM dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan pada jam 12.30 tengah malam membongkar penempatan PATI di tanah milik kerajaan yang dilengkapi kemudahan elektrik dan air.

Penempatan haram itu dijadikan seperti di kampung halaman dengan bercucuk tanam dan memelihara haiwan ternakan selain mempunyai kemudahan kedai runcit sendiri.

Susulan itu, JIM bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengesan warga tempatan yang disyaki membina penempatan berkenaan serta menyewakan kepada warga asing.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!