Tidak mustahil sindiket seludup e-waste pindah ke pelabuhan lain - Mohd Shuhaily

Mohd Shuhaily (kiri) mendengar taklimat daripada Mohd Dusuki (dua dari kanan) semasa lawatannya di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada Rabu. Foto SINAR HARIAN-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Mohd Shuhaily (kiri) mendengar taklimat daripada Mohd Dusuki (dua dari kanan) semasa lawatannya di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada Rabu. Foto SINAR HARIAN-ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Selepas tindakan berskala besar ke atas sindiket sisa elektronik (e-waste) di pelabuhan di sini, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) tidak menolak kemungkinan sindiket terbabit akan 'memindahkan' kegiatan itu ke pelabuhan lain.

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, sindiket e-waste merupakan jenayah terancang.

"Mereka berniaga secara haram. Jadi, mesti nak ada untung.

"Jadi mereka akan mencari alternatif lain, itu lumrah biasa kepada sesiap pun. Tidak mustahil mereka alihkan operasi ke pelabuhan lain," katanya dalam sidang akhbar di Pelabuhan Barat di sini pada Isnin.

Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar hadir membuat lawatan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan arahan Perdana Menteri bagi memperkukuh kawalan sempadan negara khususnya dalam membanteras pengimportan dan penyeludupan e-waste haram ke Malaysia.

Turut hadir Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal.

Tambah Mohd Shuhaily, usia AKPS masih baharu, justeru pihaknya memerlukan bantuan agensi lain .

"AKPS baru setahun jagung dan kekuatan perisikan masih minimum. Kita masih lagi berharap kepada agensi teras untuk bantu dan kita dapat bantuan itu," ujarnya.

Mengulas mengenai pengambilan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menyertai AKPS, tambah Mohd Shuhaily, satu pertemuan beliau dengan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, dalam konteks itu AKPS akan melihat kepakaran masing-masing untuk ditempatkan di tempat tertentu.

"Di sini (pelabuhan) sudah tentu kita mungkin memerlukan tapi daripada sudut kerja yang bagaimana? Sebab kita tahu mungkin pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sesuai di sini dan mereka lebih fahsih perihal kapal dan sebagainya," ujarnya.

 

Ringkasan AI

  • PELABUHAN KLANG - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) melakukan tindakan ke atas sindiket sisa elektronik
  • Sindiket e-waste adalah jenayah terancang dan beroperasi secara haram
  • Peguam Negara hadir membuat lawatan sebagai sebahagian daripada arahan Perdana Menteri untuk memperkukuh kawalan sempadan
  • AKPS masih baru dengan kekuatan perisikan yang minimum
  • Pengambilan veteran Angkatan Tentera Malaysia dijangka menyertai AKPS

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!