'Kanak-kanak ini bukan liar, cuma mereka tidak faham'

Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengantunan seksual atau sexual grooming dilakukan oleh orang dewasa bagi membina hubungan emosi dengan kanak-kanak bagi mendapatkan kepercayaan meneruskan kegiatan jijik tersebut.

Peguam kanan, Wan Azliana Wan Adnan berkata, ia bertujuan untuk melakukan penderaan atau eksploitasi seksual kepada mereka.

“Jangan kata anak-anak ini liar kerana mereka tak faham dari mula. Contohnya, bapa kata tindakan seperti itu untuk menunjukkan kasih sayang. Jadi, mereka akan akur dengan ‘perintah’ tersebut.

“Lagipun tindakan itu bukan hanya antara bapa atau ibu dan anak, malah boleh melibatkan datuk dan cucu atau cikgu dan pelajar juga,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Selain itu, tambah Wan Azliana, mangsa akan ‘membuka mulut’ kepada orang-orang terdekat seperti ibu atau adik-beradik, malah guru-guru turut menjadi tempat meluah.

Ujarnya, sudah menjadi kewajipan warga pendidik untuk melaporkan isu berkenaan kepada pihak berkuasa sejurus mengetahui perkara yang didedahkan oleh pelajar.

“Kalau mereka sudah masuk sekolah rendah atau menengah, barulah mereka akan pilih untuk bercerita kepada kawan-kawan atau guru-guru sekiranya jenayah itu berlaku di rumah,” jelasnya lagi.Wan Azliana turut menegaskan bahawa pihak yang bersubahat perlu didakwa jika mereka membantu pelaku dalam perbuatan tersebut walaupun tidak secara langsung.

Katanya, hukuman perlu dijatuhkan kepada kedua-duanya sekiranya ada yang terlibat langsung dalam kegiatan serangan seksual fizikal.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!