Kes Jenayah seksual kanak-kanak meningkat saban tahun

Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu. (Gambar kecil: Siti Kamsiah)
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu. (Gambar kecil: Siti Kamsiah)
A
A
A

SHAH ALAM - Kes seksual dalam kanak-kanak yang dilakukan keluarga sendiri semakin membimbangkan di negara ini apabila menunjukkan peningkatan sejak empat tahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mendedahkan, statistik pihaknya menunjukkan sebanyak 2,722 kes direkodkan sejak tahun 2020.

Beliau berkata, kes tersebut meliputi jenayah rogol, sumbang mahram, cabul, gangguan seksual, seks luar tabii, pornografi, komunikasi secara seksual, amang seksual fizikal dan bukan fizikal.

“Jumlah paling tinggi direkodkan ialah pada tahun lalu iaitu sebanyak 766 kes berbanding 459 kes pada tahun 2020. Bagi tahun ini, setakat empat bulan sehingga April lalu, sebanyak 268 kes dilaporkan,” katanya secara eksklusif kepada Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas mengenai jenayah pedofilia, Siti Kamsiah berkata, golongan itu mempunyai rangsangan seksual yang amat tinggi terhadap kanak-kanak yang belum akil baligh dan biasanya merujuk usia di bawah 13 tahun tidak kira lelaki atau perempuan.

“Ada beberapa punca utama yang dikenal pasti menjadi pencetus bagaimana individu itu terjebak dalam rangsangan seksual terhadap kanak-kanak.

“Pertama, seseorang itu mungkin secara semula jadi ada sifat dan naluri kecenderungan seksual sebegitu, selain faktor sejarah lampau yang pernah menjadi mangsa seksual orang dewasa hingga membentuk nalurinya begitu.

“Berkemungkinan juga aktiviti seseorang yang gemar menonton video lucah kanak-kanak, pembentukan diri dipengaruhi sehingga ada tarikan dan membentuk tingkah laku sebegitu,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

INFOGRAFIK

Kes dilaporkan kepada PDRM:

Tahun Jumlah

2020 459

2021 579

2022 650

2023 766

2024 (setakat April) 268

**************

JENIS-JENIS KES

Amang seksual 1,325

Sumbang mahram 989

Rogol 278

Seks luar tabii 56

Amang seksual bukan fizikal 30

Cabul kehormatan 13

Berkomunikasi secara seksual 11

Gangguan seksual 10

Pornografi kanak-kanak 8

Lain-lain 2

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!