Kelemahan tatakelola, rasuah isu pokok perlu ditangani segera - PM

Anwar
Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah yang sistemik dan bermaharajalela adalah isu pokok yang perlu ditangani segera sebelum menyelesaikan masalah struktural yang melemahkan kekuatan ekonomi negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar ketika menyampaikan Perutusan Negara berkata, beliau menekankan soal rasuah kerana ia menjadi barah utama yang melemahkan ekonomi negara serta menjatuhkan moral dan keyakinan rakyat.

Beliau berkata, isu itu berlaku di setiap peringkat, dari atas sehingga ke bawah yang membebankan rakyat dengan kerenah sesetengah golongan yang masih mahu mengaut komisen sebelum apa-apa kelulusan diberikan.

"Tahun pertama lagi saya telah tegaskan keperluan menghentikan amalan rundingan terus dalam perolehan kerajaan, apa yang disebut sebagai tender rundingan, beralih kepada sistem tender terbuka," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, dua masalah struktural yang melemahkan kekuatan ekonomi negara ialah ekonomi rakyat dan ekosistem perniagaan yang hambar serta kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan yang lemah.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!