[VIDEO] Penyasaran subsidi bahan api bermula dengan diesel di Semenanjung

A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Jemaah menteri telah bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi untuk bahan api diesel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai permulaan, penyasaran tersebut hanya melibatkan pengguna bagi kawasan Semenanjung dan tidak melibatkan Sabah serta Sarawak.

“Bezanya, Sabah dan Sarawak hampir setiap keluarga menggunakan diesel untuk kegunaan kenderaan, jadi kita menangguhkan sebarang tindakan kerana membebankan kebanyakan rakyat.

"Di Semenanjung, bagi membendung kenaikan mendadak harga barang, kerajaan berikan subsidi diesel kepada pengguna komersial melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

"Ini termasuk pengusaha bas dan teksi. Kerajaan juga akan terus memberi subsidi diesel kepada kategori nelayan tertentu," katanya dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan pada Selasa.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Ujar Anwar, melalui usaha penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan secara kasar adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.

“Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak termasuk petani kecil, pesawah dan peniaga kecil.

Artikel Berkaitan:

“Bantuan tunai ini pastinya tidak memanfaatkan golongan T20,” ujarnya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak menyatakan tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi tersebut.

Difahamkan, penjelasan lanjut akan dibuat oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!