Kerajaan tambah baik peruntukan bantuan SARA, STR

Orang ramai menyaksikan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung melalui televisyen ketika tinjauan di sebuah restoran sekitar ibu kota malam ini. Foto Bernama
Orang ramai menyaksikan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung melalui televisyen ketika tinjauan di sebuah restoran sekitar ibu kota malam ini. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan akan menambah baik peruntukan bantuan kepada rakyat termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan antara bukti anjakan pengurusan kewangan negara yang mana sebahagian penjimatan yang dilaksanakan kerajaan dapat digunakan untuk memperkasakan saluran bantuan rakyat di negara ini.

“SARA ditambah baik dengan meningkatkan peruntukan kepada RM700 juta, yakni lebih lima kali ganda ketimbang RM130 juta tahun lalu.

“Kita juga meluaskan bilangan penerima kepada 700,000 dan menambah nilai bantuan kepada RM1,200 ketimbang RM600.

“Peruntukan STR kita naikkan sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion pada 2023 kepada RM10 bilion pada 2024 yang memanfaatkan sekitar sembilan juta penerima bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara,” katanya dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di saluran media tempatan pada Selasa.

Dalam pada itu, ujar Anwar, Insentif Pengeluaran Getah (IPG) juga telah dinaikkan sebanyak dua kali di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.

“Ia daripada RM2.50 sekilogram pada tahun 2022 kepada RM2.70 sekilogram (2023) dan RM3 sekilogram pada tahun ini.

“Bantuan murid sekolah juga telah ditambah baik. Bermula tahun 2023, kita memperluas Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua murid daripada Darjah 1 hingga Tingkatan 5 dengan peruntukan hampir RM800 juta.

Artikel Berkaitan:

“Kerajaan Madani juga mengambil langkah meningkatkan pendapatan pesawah. Kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) telah ditingkatkan daripada RM360 pada 2022 kepada RM500 per metrik tan pada tahun 2023,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!