Wan Ahmad Fayhsal selesai tandatangani surat arahan

Wan Ahmad Fayhsal menandatangani surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada Selasa.
Wan Ahmad Fayhsal menandatangani surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selesai menandatangani surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk mematuhi pindaan perlembagaan parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang itu berkata, surat arahan tersebut bagi menghalang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam apa jua cara dan alasan.

“Kegagalan berbuat demikian menyebabkan keahlian terlucut dan pengosongan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ini selari dengan peruntukan di bawah Perkara 49(a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu hantaran di Facebok pada Selasa.

Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lalu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh.

Pindaan itu membabitkan tiga perkara di bawah Fasal 10 Perlembagaan Bersatu iaitu berkaitan hal-hal pemberhentian dan pemecatan ahli parti.

Pada 2 April, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan permohonan pindaan perlembagaan parti tersebut yang membolehkan pihak pembangkang itu mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!