Dua termasuk guru besar kemuka butiran palsu ditahan SPRM

Dua individu termasuk seorang guru besar ditahan SPRM Sabah selepas disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butiran palsu untuk membeli peralatan persekolahan bernilai kira-kira RM10,000. Gambar hiasan

A
A
A

KOTA KINABALU - Dua individu termasuk seorang guru besar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butiran palsu untuk membeli peralatan persekolahan bernilai kira-kira RM10,000.

Kedua-dua suspek masing-masing seorang wanita dan lelaki berusia 40-an dan 50-an itu ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 10 pagi Isnin.

Kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Disember 2018 dan individu wanita yang dipercayai pemilik syarikat telah mengemukakan tuntutan palsu melalui invois-invois dan telah diperakui penerimaan oleh pegawai di institusi pendidikan tersebut.

Kedua-duanya disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butiran bagi tujuan pembelian peralatan persekolahan sedangkan pembelian tersebut tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 471 dan 107 Kanun Keseksaan.

"Esok suspek dijangka dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!