KKM diminta pertimbang tambah ahli terapi cara kerja di Pahang

Razali
Razali
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang meminta Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk menambah jumlah penjawat dalam perkhidmatan pemulihan cara kerja di negeri itu yang disifatkan tidak mencukupi bagi menampung keperluan.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Ir Razali Kassim berkata, setakat ini, terdapat 87 ahli terapi cara pulih kerja di Pahang dan jumlah itu perlu ditambah kepada angka yang lebih besar.

"Kalau kita tengok sekarang, (Pahang) hanya ada 87 ahli terapi, sedangkan keperluan lebih besar.

"Jadi, kita minta kementerian (KKM) dapat menambah bilangan kakitangan ataupun ahli terapi kepada jumlah mungkin sehingga 150 orang," katanya.

Razali merasmikan Persidangan Kebangsaan Jurupulih Pekerjaan Malaysia (MOTNC) 2024 di Indera Mahkota pada Khamis.
Razali merasmikan Persidangan Kebangsaan Jurupulih Pekerjaan Malaysia (MOTNC) 2024 di Indera Mahkota pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Jurupulih Pekerjaan Malaysia (MOTNC) 2024 di Indera Mahkota di sini pada Khamis.

Razali hadir sebagai wakil rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut hadir, Ketua Profesion Pegawai Pemulihan Perubatan dan Juru Pulih Perubatan Cara Kerja KKM, Nora Hamid dan Presiden Persatuan Terapi Cara Kerja Malaysia, Profesor Dr Ahmad Zamir Che Daud.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Razali berkata, kerajaan Pahang akan mengambil langkah untuk bekerjasama dengan pelbagai persatuan bagi mendedahkan orang ramai kepada industri itu melalui persidangan berkenaan.

Jelasnya, persidangan itu dapat memberi manfaat dan impak positif kepada semua peserta dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan terapi cara kerja di Pahang.

"Pada hari ini kita adakan persidangan, dan ia secara tidak langsung boleh menarik minat (masyarakat), kerana terdapat pelajar dan penuntut universiti menyertainya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!